Uncategorized

JANGAN AMBIL RINGAN MASALAH TERKUCIL BAGI WANITA, JOM RAWAT!

Kerap terkucil merupakan salah satu masalah yang sering dihadapi wanita terutama bagi mereka yang pernah melahirkan anak serta wanita yang sudah mengalami menopause. Individu yang menghadapi masalah ini akan mudah terkucil atau air kencing meleleh apabila batuk, bersin, mengangkat barang berat, ketika melakukan hubungan intim ataupun gerakan dalam solat, mereka juga mengalami masalah keluar angin daripada vagina, otot vagina yang longgar serta jangkitan kronik yang berulang

KESANNYA sekali gus akan menjejaskan keyakinan diri, berasa malu dan letih hingga akhirnya boleh menyebabkan pesakit mengalami kemurungan. Pada masa sama, ia juga boleh memberi masalah dalam hubungan intim serta keyakinan ketika beribadah

PUNCA:
– Melahirkan anak-
Kepala bayi akan keluar melalui lorong faraj atau vagina yang kecil. Biarpun vagina boleh mengecut namun saiznya tidak sama seperti asal seperti sebelum bersalin.

Disebabkan kecederaan tisu yang dialami itu berlebihan, tahap kekuatan dan keanjalannya turut berubah manakala jumlah kolagen di dalam vagina juga semakin berkurang.

Di bahagian atas vagina adalah lubang kencing (uretra) yang juga boleh menjadi lemah lantas memberi kesan kepada kawalan kencing akibat kelemahan otot pelvik dari proses kelahiran

-Menopause-
Apabila menopaus berlaku, proses pengeluaran hormon turut menerima kesan dan berkurang sekali gus menyebabkan kawasan vagina boleh menjadi kering dan tidak selesa.

Vagina yang kering boleh menyebabkan kekerapan serangan jangkitan kuman dan menyebabkan kelemahan cengkaman otot pelvik

-Mengangkat barang berat-
Tekanan bebanan pada otot menyebabkan berlebihan menyebabkan lantai pelvik menjadi lemah dan tidak cukup kuat untuk mengawal air kencing daripada terkeluar

 

RAWATAN:

1.Kurangkan Caffein

Individu yang menghadapi masalah berkenaan perlu mengurangkan pengambilan minuman kafein dan alkohol kerana ia menggalakkan lagi pembuangan air kencing yang banyak.

2. Kurangkan berat badan
Jika mempunyai berat badan berlebihan, dan dalam masa yang sama mengalami incontinence, mahu atau tak mahu anda terpaksa menurunkan berat badan.

Rancang plan penurunan berat badan dan makan dalam kuantiti yang lebih kecil.

3. Senaman kegel atau kemut
Senaman kegel sepatutnya perlu dilakukan sejak dalam tempoh pantang lagi selepas bersalin bagi membantu menguatkan kembali otot vagina. Bukan hanya wanita yang melahirkan anak, malah orang dewasa yang menopaus juga boleh melakukannya bagi mengelakkan masalah berkenaan berlaku secara berterusan.

Namun, ia perlu dilakukan dengan kaedah betul, berkesan dan berterusan bagi mengembalikan kekuatan otot pelvik.

4. Latihan pundi kencing
Jangan terus ke tandas setiap kali berasa nak kencing, sebaliknya setkan waktu berapa minit sekali anda sepatutnya ke tandas. Ini untuk melatih pundi kencing cuma menghantar signal ‘nak kencing’ kepada otak hanya apabila pundi kencing benar-benar penuh.

5. Suplement
Pengambilan suplemen tertentu dapat membantu mengembalikan semula kekuatan otot lantai pelvik, mengaktifkan neurotransmitter otak bagi menghantar signal, memperbaiki saraf dan menstabilkan hormon.

Ekstrak Kacip Fatimah merupakan salah satu ikhtiar untuk memulihkan semula cengkaman pada otot vagina. Umum mengetahui tumbuhan Kacip Fatimah merupakan tumbuhan tradisional masyarakat Melayu zaman dahulu untuk merawat masalah dalam wanita. Kandungan Kacip Fatimah yang mengandungi phytoestrogen mampu mengetatkan otot vagina dan merawat luka dalaman terutama bagi wanita lepas bersalin, kandungan anti oksidannya bertindak mengembalikan keremajaan dalaman dan luaran wanita.. InsyaAllah..

 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai masalah ini puan2 boleh hubungi kami melalui whatsapp pd link dibawah..

http://meckda.wasap.my

You may also like...

1 Comment

  1. Terbaik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *